MAJLIS MAULIDUR RASUL 2012

LAHAD DATU - Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Lahad Datu telah disambut dengan meriah disini. Sekolah Kebangsaan Sepagaya tidak ketinggalan menyertai sambutan tersebut. Lebih kurang 30 peserta melibatkan guru, staf sokongan dan murid-murid telah mengambil bahagian dalam sambutan tersebut. Pengurus kontijen bagi Sekolah Kebangsaan Sepagaya ialah Ustaz Johari. Tahniah kepada semua yang terlibat.
SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYA - Meriah sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah yang diadakan pada 10 Februari 2012 ( Jumaat ). Berarak sekitar perkarangan sekolah sambil berselawat ke atas Nabi Junjungan kita yang melibatkan semua pihak pentadbir sekolah, guru - guru, anggota kumpulan sokongan  ( AKS ) dan tidak ketinggalan juga semua murid di tahap 1 dan tahap 2. Program  tersebut bermula seawal jam 7.00 pagi dan tamat lebih kurang pada jam 11.00 pagi. Pada hari tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mengisi slot program. Diantaranya perarakan maulidur Rasul, azan bagi tahap 1, tilawah Al-Quran, nasyid dan berzanji. Program ini telah dirasmikan oleh guru besar Sekolah Kebangsaan Sepagaya Pn. Yatimah binti Mohammad. Tahniah kepada semua staf yang telah menjayakan program ini.
Previous
Next Post »